SRI AL-QURAN AKADEMI MARJAN

LAMAN

  • IKLAN
  • BORANG
  • WARGAKERJA
  • ARTIKEL
  • HUBUNGI KAMI
  • KEDAI ONLINE

ARTIKEL


E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Arkib Blog

  • ▼  2012 (2)
    • ▼  November (1)
      • KEMPEN KEMBALI KE SEK AGAMA AL-QURAN
    • ►  Ogos (1)

KEMPEN KEMBALI KE KELAS AGAMA

Pihak kami amat mengalu-alukan Pendaftaran Barubagi sesi akhir 2012 & sesi baru 2013 ke kelas-kelas pengajian yang akan bermula seawal 31Ogos 2012. Antara kelas-kelas yang disediakan ialah Kelas Agama & al-Quran, Kelas al-Quran & Fardu Ain, Kelas Agama Dewasa, Kelas Asas & Kemahiran al-Quran, Kelas Tajwid Dewasa, Kelas Terjemahan al-Quran Dewasa. Kami juga menyediakan Kelas Tuisyen Bahasa Arab dan Kursus Cepat Asas al-Quran & Mudah Tajwid.

Pihak kami telah menyediakan satu pendidikan yang lebih efektif bagi membentuk masyarakat bermula dari peringkat seawal pra hinggalah dewasa, sekurang-kurangnya mereka mampu beramal dengan perkara-perkara fardu ain dan baca al-Quran dengan baik. Kelas agama & fardu ainnya digabungkan dengan kelas al-Quran sistem individu telah banyak membantu anak-anak membentuk diri berakhlak melalui penghayatan ayat-ayat al-Quran yang dibaca. Kelas agama & fardu ain kami agak berbeza dengan kelas-kelas agama dan fardu ain tempat lain kerana kami menjadikan pembelajaran bacaan al-Quran sebahagian daripada kurikulum dan di ajar setiap hari serta tempoh dan masanya cukup yang tidak memerlukan masa belajar yang lain. Di samping itu penekanan dari sudut menghayati fardu ain & solat secara amali. Pihak kami berusaha memastikan pelajar-pelajar kami khususnya bagi peringkat anak-anak agar mereka mampu menguasai bacaan al-Quran, fardu ain, solat & jawi. Kami punyai kaedah-kaedah tertentu bagi membentuk meraka agar dapat membuahkan hasil yang diharapkan.

Sangat banyak ibubapa tidak memahami apakah tujuan sebenar mereka menghantar anak-anak mereka ke kelas agama atau kafa. Kebanyakakan mereka tidak mengetahui sebenarnya tujuan asal mereka menghantar anak-anak mereka ke kelas agama atau fardu ain supaya anak-anak mereka mahir perkara-perkara fardu ain seoerti solat dan boleh membaca al-Quran dengan baik. Kebanyakkannya tidak lebih daripada mengharapkan sekeping sijil sedangkan apa yang terjadi, sijil yang dimiliki langsung tidak melambangkan keadaan sebenar situasi anak mereka yang mana masih banyak anak-anak yang tak mampu solat dengan sempurna dan gagal dalam bacaan al-Quran. Lebih mendukacitakan apabila ada ibubapa yang hanya mengharapkan semata-mata khatam al-Quran & sijil sekalipun sebenarnya anak-anak mereka tidak mampu membaca al-Quran dengan baik.

Oleh itu, ada dua pillihan iaitu bagi mereka yang mahukan anak mereka perolehi ilmu agama yang lebih sempurna maka kelas agama yang diajar setiap hari beserta kelas al-Quran sistem individu yang menjadi pilihan, manakala bagi mereka yang merasakan anak mereka kurang berkemampuan dalam membahagikan masa maka kelas al-Quran beserta sistem individu & fardu ain (kafa) kelasnya hujung minggu menjadi pilihan. Terpulang kepada ibubapa mencorakkan anak-anak mereka.

Selain itu, pihak kami juga ingin menyedarkan masyarakat agar tidak lupa tanggungjawab pada diri sendiri. Menyiapkan diri dengan pembacaan al-Quran yang lebih baik berserta menerokai ilmu terjemahan perkata & tafser al-Quran supaya tidak sahaja membaca al-Quran tanpa tahu apa-apa tentang isi kandungan al-Quran.

Semoga kelas-kelas yang disediakan oleh pihak kami menjadi pilihan masyarakat setempat khususnya, dan masyarakat dari tempat lain amnya. Sekian, wassalam.

US. HJ W MD FADZLI B WAN HAMZAH,
Pengurus.

Akademi Marjan
Subang Jaya, Selangor, Malaysia
kelas al-Quran,fardu ain, b.arab & motovasi
Lihat profil lengkap saya

Pengikut

Tema Awang-gemawang. Imej tema oleh friztin. Dikuasakan oleh Blogger.